CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 10, 2009

Kaedah Menternak ikan keli organik

Ketika ini ramai yang beralih untuk mendapatkan produk-produk perternakan secara organik. Nak ternak ikan organik, ayam organik, lintah organik... semua kalau boleh nak organik.. rasa hasil ternakan lebih sedap dan yang pastinya, selain dari rasanya yang sedap, penyelenggaraannya lebih mudah dan menjimatkan kos serta tenaga.

Di sini paparan cara-cara menternak ikan keli secara organik untuk diternak di dalam tangki/takungan air/kanvas.


Bahan-bahan dan alatan :

pasir sungai
kompos
pokok keladi bunting
air (air paip @ sungai)
benih ikan keli
tangki/takungan air/kanvas.


Kompos


Ikan keli dibawah keladi bunting yang terapung

Langkah-langkah :
  1. Bubuh pasir sungai ke dalam tangki/tempat takungan ikan hingga lebih kurang 1-2 inci ketinggiannya.
  2. Taburkan kompos di atas pasir sungai (biasanya 1000 ekor ikan - 2 kg kompos).
  3. Masukkan air ke dalam tangki/tempat takungan hingga lebih kurang 2 kaki ketinggiannya.
  4. Letakkan pokok keladi bunting di permukaan air memenuhi ruang tangki/tempat takungan ikan.
  5. Biarkan selama 3 hari untuk membiakkan plankton pada akar-akar pokok keladi bunting.
  6. Setelah 3 hari, masukkan benih ikan keli ke dalam tangki/tempat takungan ikan.

Tip :
  • Ikan keli yang diternak secara organik tidak perlu diberi makanan lain sehingga tempuh matang. (tempuh matang 4 bulan)
  • Saiz benih ikan keli yang terbaik dan toleran dengan persekitaran adalah antara 2-3 inci.
  • Air takungan tidak perlu dibersihkan, hanya perlu ditambah jika berkurang.

PENTERNAKAN KELI SECARA ORGANIK

Untuk ikan keli kadarnya adalah (2000 ekor untuk 1 beg B1) hanya sekali sahaja beri makan tahan sehingga 3 bulan iaitu sehingga boleh jual.Kaedah yang amat menjimatkan, menggantikan palet dan perut ayam.

* 5 kg Makanan Organik = 2000 ekor Keli

* Makanan Organik B1 tahan untuk 3 bulan utk Ternakan Keli


KEBAIKAN MENGGUNAKAN MAKANAN ORGANIK UNTUK TERNAKAN

  1. Jimat kos, tenaga dan masa.
  2. Sudah mencukupi dengan hanya sekali memberi makanan organic B1 untuk ternakan keli sehingga tuai hasil.
  3. Tidak perlu salin air tetapi perlu ditambah jika berkurangan.
  4. Tidak perlu mesin oksigen.
  5. Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti.
  6. Menghasilkan keli yang halal.
  7. Air bersih dan tidak berbau.
  8. Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata).
  9. Keuntungan yang tinggi.
  10. Mengurang penggunaan makanan yang mempunyai bahan kimia.

tidak perlu tukar air

Itu lah untungnya menternak ikan dengan cara organik.... walaupun saiznya mungkin tak sebesar ikan ternakan biasa, tapi penjagaannya amat mudah... dan yang penting rasanya sesedap ikan keli yang hidup secara semulajadi.

Bestkan...........

Nak info tentang pokok keladi bunting? Sila klik

4 ulasan:

PROJEK KELI KANVAS said...

Salam 1 Malaysia :)...nk tahu info sempoi dan best pasal ikan keli...mai singgah sini
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/

sabi said...

Salam tuan, nak tanye... kompos tu ape material nya?
Mmg ade jual ke? Kat mane nak beli?
Sorry soalan tidak cerdik...

RAHMAN ABDUL RASHID - Admin keli sabah said...

Maklumat yang berguna untuk dikongsi. Kami juga merupakan penternak keli yang sangat aktif mempromosikan ikan ini di Sabah, sila singgah ke http://kelisabah.blogspot.com/

muhammad saifuddin said...

dekat mane nak dpt bahan organic b1???kalau bela dlm tong fibre boleh x?n klu gune air paip xpyh bubuh anti-chlorine ke???