CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 8, 2009

TERNAKKAN IKAN KELI DALAM KANVAS

A. Persiapan Tempat Ternakan

i) Pembersihan Kanvas
· Tangki ternakan dicuci bersih
· Rawat dengan larutan 1000 ppm garam sekiranya pernah dijangkiti penyakit
ataupun dengan campuran Bio-Aquaculture (BB) mengikut sukatan yang betul.
ii) Pemasangan Sistem Bekalan Air
· Pastikan system bekalan dan tukaran air berfungsi dengan sempurna.

B. Kualiti Air Ternakan

i) Sumber air:
· Sungai
· Kolam
· Telaga
· Mata air yang tidak tercemar
ii) Parameter air
· Suhu air à 28-31oC
· Oksigen Terlarut à > 3ppm
· pH à 6.5 – 8.5
· Alkaliniti à > 100 ppm CaCO3
· Kalsium à > 100 ppm CaCO3

C. Perolehan Benih

i) Sifat
· Kesempurnaan fizikal dan tidak cacat
ii) Kesihatan
· Aktif
· Tiada tanda ‘stress’
· Kemerahan
· Tiada kecederaan
· Tiada kerosakan fizikal tubuh/ organ
iii) Saiz
· Panjang à 10cm @ 3 inch
· Berat à 10 gram

D. Pelepasan Benih

i) Pengiraan Benih
· Benih perlu dikira setiap ekor
ii) Penstokan Benih
· 700 ekor/ kanvas
iii) Masa Perlepasan
· Awal pagi pukul 6.00-9.00 pg
· Lewat petang 5.00-8.00 mlm

E. Pemakanan Ternakan

i) Jenis makanan
· Makanan Rumusan Khas

KANDUNGAN KOMPOSISI (%)
Protein 28-32
Lemak > 4
Fiber Max 6
Kelembapan 11

ii) Penganggaran Makanan
· Dilakukan setiap 2 minggu

KAEDAH:
· Tangkap 10 ekor ikan secara rawak
· Timbang
· Ambil purata berat seekor
· Darab bilangan ikan dalam kanvas
· Dapatkan berat keseluruhan ikan dalam kanvas
· Kira keperluan makanan berdasarkan peratusan kadar yang ditetapkan
iii) Pemberian Makanan
· Jangan beri ikan makan pada hari hujan atau mendung
· Jangan beri ikan makan 12 jam selepas pelepasan benih
iv) Masa Makan
· 9.00-10.00 pg
· 5.00-7.00 ptg

HARI PERATUSAN DARI BERAT BADAN
1-30 5%
31-60 3%
61-90 3%

F. Pengurusan Air Ternakan

i) Setokan Air Ternakan
· Kedalaman 15-30 cm pada masa pelepasan benih, tambah air sehingga 45cm selepas 30 hari.
ii) Penukaran Air
· Tukar air apabila warna air berubah menjadi hijau pekat.
· Tukar air apabila air ternakan mengeluarkan buih-buih yang kasar.
· Tukar air apabila kandungan keladak meningkat

G. Pengredan

i) Tempoh
· Sekali dalam tempoh ternakan iaitu dua minggu selepas ikan diternak.
ii) Masa
· 9.00-11.00 pagi
· 5.00-7.00 malam

H. Pengutipan Hasil

i) Tempoh
· Tempoh ternakan ialah 90 hari. Ikan yang mencapai saiz pasaran awal perlu dijual.
· Saiz pasaran ialah 4-5 ekor/ kg
ii) Masa
· 9.00-11.00 pagi
· 5.00-7.00 malam

0 ulasan: