
Graphics for Welcome Comments
MEMBEKAL IKAN KELI SEGAR ORGANIK, "DIJAMIN HALAL" MEMASANG SET KOLAM KANVAS ,MEMBEKAL KANVAS, MEMBEKAL BENIH IKAN KELI DAN MAKANAN KELI. KAMPUNG PULAU GAJAH PASIR PANJANG ULU, 36800 KAMPUNG GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN Email: yatt_2323@yahoo.com Tel :FAIZAL 018-5759850 / yati 011-28551535
Rekaan Terbaru set bingkai kolam kanvas menggunakan pvc, memang boleh tahan teguh dan mantop , hanya pasang di dalam rumah aje , mudah sahaja...
Jika anda berminat untuk menempah silalah hubungi saya,,harga boleh dirunding..
Dicatat oleh Faizal di 1:01 AM 2 ulasan
Label: transformasi
Samada sumber air tersebut daripada hujan atau salji yang menyerap ke bumi, sebuah mata air bersifat ephemeral (kadang-kadang) atau perennial (terus-menerus).
Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
Ikan Keli KayuIkan Keli Kayu atau nama saintifiknya Clarias batracus adalah tergolong dalam ikan air tawar.
Dicatat oleh Faizal di 2:12 AM 0 ulasan
Label: KENALI JENIS IKAN KELI
Gambar 1: Omega-3 DHA baik untuk perkembangan otakGambar 2: Pengambilan Omega-3 dapat memperlahankan Kanser Perut dari terus merebak
Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.
Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :
1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.
2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.
3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.
4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.
5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.
6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain
7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki
Berikut merupakan Gejala serangan dan jenis penyakit dan langkah pencegahan:
Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit
Bakteria - Psedomonas
Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan
Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa
Bakteria – Aeromanas hydrophiladan
Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari
Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.
Bakteria – Aeromanas punctata
Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit
Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras
Parasit – Bintik Putih
Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.
Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan
Parasit – Kutu ikan(argulus)
Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit
Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan
Parasit – Edward Siella
Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam
Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang
Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)
Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.
Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.
Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang
Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.
Terdapat garisan-garisan seperti benang bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.
Parasit- Saprolegiasis
Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air selama 30 minit
Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books
A. Persiapan Tempat Ternakan
i) Pembersihan Kanvas
· Tangki ternakan dicuci bersih
· Rawat dengan larutan 1000 ppm garam sekiranya pernah dijangkiti penyakit
ataupun dengan campuran Bio-Aquaculture (BB) mengikut sukatan yang betul.
ii) Pemasangan Sistem Bekalan Air
· Pastikan system bekalan dan tukaran air berfungsi dengan sempurna.
B. Kualiti Air Ternakan
i) Sumber air:
· Sungai
· Kolam
· Telaga
· Mata air yang tidak tercemar
ii) Parameter air
· Suhu air à 28-31oC
· Oksigen Terlarut à > 3ppm
· pH à 6.5 – 8.5
· Alkaliniti à > 100 ppm CaCO3
· Kalsium à > 100 ppm CaCO3
C. Perolehan Benih
i) Sifat
· Kesempurnaan fizikal dan tidak cacat
ii) Kesihatan
· Aktif
· Tiada tanda ‘stress’
· Kemerahan
· Tiada kecederaan
· Tiada kerosakan fizikal tubuh/ organ
iii) Saiz
· Panjang à 10cm @ 3 inch
· Berat à 10 gram
D. Pelepasan Benih
i) Pengiraan Benih
· Benih perlu dikira setiap ekor
ii) Penstokan Benih
· 700 ekor/ kanvas
iii) Masa Perlepasan
· Awal pagi pukul 6.00-9.00 pg
· Lewat petang 5.00-8.00 mlm
E. Pemakanan Ternakan
i) Jenis makanan
· Makanan Rumusan Khas
KANDUNGAN KOMPOSISI (%)
Protein 28-32
Lemak > 4
Fiber Max 6
Kelembapan 11
ii) Penganggaran Makanan
· Dilakukan setiap 2 minggu
KAEDAH:
· Tangkap 10 ekor ikan secara rawak
· Timbang
· Ambil purata berat seekor
· Darab bilangan ikan dalam kanvas
· Dapatkan berat keseluruhan ikan dalam kanvas
· Kira keperluan makanan berdasarkan peratusan kadar yang ditetapkan
iii) Pemberian Makanan
· Jangan beri ikan makan pada hari hujan atau mendung
· Jangan beri ikan makan 12 jam selepas pelepasan benih
iv) Masa Makan
· 9.00-10.00 pg
· 5.00-7.00 ptg
HARI PERATUSAN DARI BERAT BADAN
1-30 5%
31-60 3%
61-90 3%
F. Pengurusan Air Ternakan
i) Setokan Air Ternakan
· Kedalaman 15-30 cm pada masa pelepasan benih, tambah air sehingga 45cm selepas 30 hari.
ii) Penukaran Air
· Tukar air apabila warna air berubah menjadi hijau pekat.
· Tukar air apabila air ternakan mengeluarkan buih-buih yang kasar.
· Tukar air apabila kandungan keladak meningkat
G. Pengredan
i) Tempoh
· Sekali dalam tempoh ternakan iaitu dua minggu selepas ikan diternak.
ii) Masa
· 9.00-11.00 pagi
· 5.00-7.00 malam
H. Pengutipan Hasil
i) Tempoh
· Tempoh ternakan ialah 90 hari. Ikan yang mencapai saiz pasaran awal perlu dijual.
· Saiz pasaran ialah 4-5 ekor/ kg
ii) Masa
· 9.00-11.00 pagi
· 5.00-7.00 malam
Dicatat oleh Faizal di 2:43 AM 1 ulasan
Label: Kolam Keli Kanvas Zam
Tempahan Pakej Kolam Kanvas
Binkai Kayu yg siap di pasang
Air Telaga Rumah Kolam Ikan Keli
Proses Mengisi Air dialam Kanvas
Dicatat oleh Faizal di 2:22 AM 0 ulasan
Label: Kolam Keli